Seperti yang
kita sudah jangka, puak - puak Pakatan ni akan guna apa cara
untuk meraih simpati dari kalangan rakyat termasuk mempergunakan Ulama
Mesir.
Sebelum ini,
tatkala didedahkan kenyataan yang dibuat oleh Imam Masjid Mekah, mereka
menempelak BN mengatakan ianya satu tindakan yang tidak beretika.
Namun,
persoalannya, adakah tindakan mereka ini 'Sangat Beretika'? Setakat ada
gambar Si Ketua Penipu tu jumpa Yusof Qadrawi, habis semuanya
dipergunakan.
Yang paling
menyedihkan, orang tua macam Si Nik Aziz tu pun boleh kena tipu jugak?
Nampak sangat la Si Nik Aziz tu pu buta dari melihat ketamakan Si Ketua
Penipu tu.
Setakat jaja
surat apa guna beb? Semua orang pun boleh buat surat tu. Suruh budak
pandai menaip pun diorang boleh buat. Dipenghujung surat, suruh je dia
taip nama "Qadrawi".
Habis
cerita. Itu pun masih jugak diorang ada hati nak menipu rakyat? Pun
masih jugak diorang jadikan modal sebagai bahan untuk berkempen?
Apa yang
jelas, perjuangan mereka ini bukan kerana rakyat. Perjuangan mereka ini
hanya untuk individu yang bernama Anwar Ibrahim. Tu sebab nama Anwar
disebut.
Berbeza
dengan BN, mereka benar - benar berusaha menjaga Kebajikan Rakyat.
Mereka benar - benar memperjuangkan keamanan, kemakmuran dan
kesejahteraan Negara.
Setakat nak
memperjuangkan seorang individu yang Gila Kuasa dan mempunyai masalah
moral yangkritikal macam Si Ketua Penipu tu buat apa! Buat mengabihkan
masa je. Tak mendatangkan faedah langsung!!!
Perkara ini telah dinyatakan oleh Zulkifli Nordin dalam blognya pada 12 April 2013LEMBAH PANTAI: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.Program itu dianjurkan calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tidak cukup
dengan memperkaldaikan beberapa agamawan, teman diberitahu mereka merancang
mencipta satu risalah ataupun surat kononnya
ditulis dan ditandatangani oleh Dr. Yusof
Al-Qardawi menggunakan kepala surat "Al-Iitihad Al-'Alami Lil Ulama' Al-Muslimin -
Persatuan Ulama Islam Sedunia".
Kononnya dalam surat itu, Dr. Yusuf
Al-Qardawi melahirkan simpati dengan "segala fitnah" yang dihadapi
oleh Anwar; dan beliau kononnya menyamakan fitnah itu sama saperti yang dihadapi oleh
para Nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw!
Lebih mengejutkan, surat
itu kononnya mengandungi sokongan terbuka Dr. Yusuf Al-Qardawi untuk seorang
biseksual menjadi Perdana Menteri!
Sedangkan Dr. Yusuf
Al-Qardawi telah menghantar surat khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Najib bertarikh 17 Zul-Qaedah 1433 memuji beliau sebagai pemimpin
Islam yang hebat dan komited terhadap perjuangan Islam.
"We have always found you among the first and at the
forefront in supporting just and human causes, the issues of Palestine and
Jerusalem among it" - begitu ayat surat Dr. Yusuf
Al-Qardawi sebagai Pengerusi Al-Quds International Institution kepada YAB Dato'
Sri Najib.
Dan ini terbukti
dengan keberanian Dato' Sri Najib menjadi pemimpin non-Arab pertama didunia
menziarahi Gaza pada 22.01.2013 dalam keadaan mereka
masih mengalami trauma akibat serangan zalim daripada rejim zionis Israel.
Dan paling
mengejutkan, surat yang kononnya ditulis oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi
sepanjang 5 mukasurat turut memuji persekongkolan Anwar dengan DAP sebagai satu
persekongkolan yang menepati syara', sama saperti sunnah Rasulullah saw; na'uzubillah
min zalik!
Dan surat itu
mengandungi seruan Dr. Yusuf Al-Qardawi kononnya supaya umat Islam dan rakyat
Malaysia menyokong dan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 dan mengangkat
Anwar menjadi
Perdana Menteri Malaysia, na'uzubillah!!!
Dan teman
dimaklumkan mereka bercadang mengolah surat tersebut dalam bentuk buku risalah
kecil dan mencetak dalam sejuta naskah tersebut dalam versi bahasa Arab dengan
ditandatangani kononnya oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan terjemahannya dalam
Bahasa Melayu untuk disebarkan semasa kempen PRU-13 terutama dikalangan ahli
PAS dan pengundi Melayu-Islam!
http://zul4kulim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment