Barisan Nasional (BN) menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi
mandat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Enam sebab berkenaan ialah Malaysia memerlukan kerajaan
yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan
kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak
rakyat. Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan
Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan
tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto yang bertemakan "Menepati
Janji Membawa Harapan". BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun
lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan
produktiviti dan sistem penyampaian.Kejayaan
yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, BN adalah
parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala
janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran
kepada segenap segmen masyarakat Malaysia.
Sekarang bukan masa untuk
bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan negara.
Menurut manifesto BN, politik yang dibawa BN ialah politik
perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama
dan budaya. Gabungan
pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih
mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana
mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman. BN juga terus
memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat
progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak
asasi manusia dan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment