2000 Ahli PKR Pahang akan Keluar Parti ~ Kecewa Anwar mahu capai matlamat peribadi nak jadi PM!


KUANTAN- Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin parah apabila Ketua Cabangnya, Zahari Mamat bersama 500 ahli bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.Tindakan tersebut dibuat berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan Pusat yang meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan rakyat.
Seramai 2000 ahli berada di dalam cabang ini dan merupakan antara ahli cabang PKR tertinggi di Pahang.PKR merupakan perjuangan peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup mengetepikan perjuangan rakyat semata-mata mahu mencapai matlamat diri sendiri untuk menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment