Aku Janji Manifesto Barisan Nasional ~ Menguntungkan Rakyat

Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13

Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup

  • BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang.
  • Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150.
  • Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
  • Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah.
  • Klinik 1Malaysia akan dibuka dalam kawasan padat penduduk.
  • Pusat Jagaan Harian 1Malaysia akan ditambah untuk ibu bapa bekerja.
  • Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
  • Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas akan dibentuk.

Manifesto Barisan Nasional 2 : Keselamatan Awam

  • 4,000 anggota polis akan ditambah setiap tahun.
  • 5,000 kenderaan tambahan untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM.
  • Angkatan Tentera Malaysia akan ditingkatupaya untuk menangani ancaman luar.
  • Suruhanjaya Polis akan diperkuatkan.
  • Sistem 6P akan digunakan untuk mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin.
  • Program SafeCam akan diwujudkan.
  • 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis akan ditambah untuk membantu PDRM.

Manifesto Barisan Nasional 3 : Pendidikan

  • Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia.
  • Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar; menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
  • Meneruskan peruntukkan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
  • Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
  • Memperuntukkan RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
  • Mentransformasi sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah 20% kemasukan pelajar.
  • 420,000 guru akan dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
  • Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus pengajian tinggi awam.

Manifesto Barisan Nasional 4 : Perumahan

  • Membina 1,000,000 rumah mampu milik; 500,000 buah rumah PR1MA.
  • Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
  • Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai.
  • Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah untuk memperbaiki rumah mereka.
  • Menggantikan kawasan setinggan dengan perumahan tetap yang selesa.
  • Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet.
  • Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

Manifesto Barisan Nasional 5 : Pembangunan Bandar

  • Mewujudkan Kementerian baharu untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
  • Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
  • Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
  • Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
  • Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
  • Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
Manifesto Barisan Nasional 6 : Kesihatan
  • Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
  • Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
  • Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
  • Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan pesakit kronik.

Manifesto Barisan Nasional 7 : Pengangkutan Awam

  • Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
  • Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter.
  • Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.
  • Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
  • Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
  • Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Manifesto Barisan Nasional 8 : Memerangi Rasuah

  • Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
  • Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
  • Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
  • Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
  • Menubuhkan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
  • Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Manifesto Barisan Nasional 9 : Luar Bandar

  • Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
  • Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
  • Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar.
  • Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
  • Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  • Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah di seluruh negara.
  • Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 80,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
  • Menggalak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

Manifesto Barisan Nasional 10 : Sumber Semula Jadi

  • Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau.
  • Memulihara sungai dan anak sungai.
  • Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
  • Menguatkuasa undang-undang yang lebih ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.
  • Menggunakan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal.

Manifesto Barisan Nasional 11 : Belia

  • Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
  • Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
  • Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
  • Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma terutama di kawasan luar bandar dan separa bandar.
  • Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
  • Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

Manifesto Barisan Nasional 12 : Keselamatan Sosial

  • Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pengkalan data yang bersepadu.
  • Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
  • Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta.
  • Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi, untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
  • Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
  • Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Manifesto Barisan Nasional 13 : Ekonomi

  • Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trillion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
  • Mencapai pendapatan per kapita AS$15,00 (RM45,000) menjelang 2020.
  • Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif.
  • Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
  • Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
  • Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.
  • Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
  • Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%.
  • Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
  • Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Manifesto Barisan Nasional 14 : Wanita

  • Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
  • Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
  • Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
  • Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
  • Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
  • Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

Manifesto Barisan Nasional 15 : Keharmonian

  • Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
  • Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana amandan harmoni.
  • Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
  • Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
  • Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
  • Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Manifesto Barisan Nasional 16 : Dasar Luar Negara

  • Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
  • Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
  • Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
  • Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
  • Membentuk Dasar Laut yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
  • Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
  • Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Manifesto Barisan Nasional 17 : Perkhidmatan Awam

  • Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
  • Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
  • Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
  • “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
  • Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
  • Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
  • Memberikan perhatian yang istimewa kepada golongan kurang upaya.

No comments:

Post a Comment