Mengapa Rakyat Perlu Undi BN

Barisan Nasional (BN) menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Enam sebab berkenaan ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat. Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto yang bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan". BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, BN adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia.

Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan negara. Menurut manifesto BN, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya. Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman. BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment